BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 3, 2010

cepen Israk: soalan 5

SOALAN 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cekodok aje? Airnya pula macam air air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.

“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang akan mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.

“Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

Bersarang perasan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya, kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru terngadah.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya, tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.

“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.

Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja,
Hal. 133-134, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)







(i) Kemukakan dua rungutan Israk yang tidak menyenangkan hati MIkraj. (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampong itu
mundur? Berikan tiga faktor. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam cerpen.



Skema Jawapan :

Praktis 2

(i) Mikraj tidak senang
• Apabila Israk merungut tentang makanan dan minuman yang disediakan di rumah neneknya.
• Mikraj juga marah apabila Israk mengatakan tinggal di rumah neneknya sebagai membuang masa.


(ii) Antara faktor kemunduran sesebuah kampong itu termasuklah
• Letaknya jauh dari Bandar
• Tiada kemudahan asas, terutama jalan raya
• Tiada sebarang hasil yang menguntungkan


(iii) Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah
•Kita mestilah ingat asal usul kita. Tingkah laku Israk yang berlagk apabila berada di rumah neneknya di kampong tidak harus dicontohi.
•Pengajaran dalam cerpen ialah kita mestilah menghormati orang tua. Israk yang berlagak di hadapan neneknya akhirnya menyesal setelah dia diselamatkan oleh neneknya daripada mati lemas di sungai.

0 comments: