BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen:Mellisa-soalan 4

SOALAN 4

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekembali dari pejabat surat khabar itu, dia mulai menyesali dirinya kerana terlalu mudah mengikut ajakan Farid. Perasaannya mulai tidak tenteram. Wajah Syahid terus-menerus terbayang di ruang matanya. Lagu percakapannya persis Hisyam. Kulitnya yang hitam dan rambutnya yang berkilat-kilat, agak kejur sedikit hampir sama dengan Hisyam. Tingginya juga barangkali macam Hisyam yang sudah hilang itu sedikit kurus, barangkali kurang mendapat makanan yang sempurna. Hidupnya menderita di sana. Bolehkah Hisyam hidup kembali? Tentu mataku yang silap . Tiba-tiba saja dia seperti mengenali lelaki itu.

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki bejalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. menyapa dan bersalaman.

“Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.

“Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mkanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana?

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah persamaan antara Syahid dengan Hisyam di mata Mellisa? 3m

ii. Farid memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mellisa memilih sahabat yang baik? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m






SKEMA
i. Persamaan antara Syahid dan Hisyam adalah dari segi cara percakapan mereka…kulit Syahid yang hitam dan rambut yang berkilat-kilat…ketinggian Syahid hampir menyamai Hisyam.

ii. …Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat itu menerusi rakan-rakannya…sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak yang mulia…kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit.

iii. dalam petikan: Masyarakat yang menghargai persahabatan. Cth: Mellisa sudi berkenalan dengan Syahid yang diperkenalkan oleh Farid.
Dalam cerpen: masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor Geografi.Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang…masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam.

0 comments: