BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen:Mellisa- soalan 12

SOALAN 12

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada petang 13 Mei itu, tunangnya datang menjemputnya seperti biasa di pintu pejabatnya di jalan Tun Perak (waktu itu bernama Jalan Mountbatten). Suasana di dalam bandar sudah mulai tidak menentu. Berita-berita angin sudah kencang bertiup bahawa rusuhan akan berlaku. Dia menawarkan kepada Jamilah, teman sepejabatnya, untuk menghantarnya pulang. Dia melarang Jamilah yang mahu berjalan kaki balik ke rumahnya kerana bas sudah langka. Dia khuatirkan keselamatannya. Biarlah mereka pergi menghantarkannya. Dari situ ke Kampung Baru tidak jauh, dengan kenderaan beberapa minit sahaja. Sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan rumah Jamilah di jalan Raja Mahadi, sekumpulan anak muda yang mengikat kepalanya dengan kain merah dan bermuka bengis, bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah membuka pintu dan mengheret tunangnya keluar. Dia memekik, merayu meminta kasihan, tetapi anak-anak muda yang sudah kemasukan syaitan itu tidak sedikit pun menghiraukannya. Dia mendengar pekikan Jamilah waktu Jamilah merangkum tubuhnya dari belakang. Pada pipinya terasa-rasa nyeri dan pedih. Dia terjatuh. Jamilah juga terjatuh dan dia mendengar Jamilah merayu, “Tolong, jangan apa-apakan mereka! Mereka kawan saya! Jangan! Saya sembah!”

“Saya tidak marah. Saya tidak dendam. Sudah takdir Tuhan serupa itu ke atas saya. Saya percaya pada kata-kata Jamilah, takdir Tuhan tidak dapat dielakkan. Tunang saya tentu belum mati kalau kamu tidak menghantar Jamilah ke Kampung Baru.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 163)








i. Berikan maksud rangkai kata sudah kemasukan syaitan dalam petikan. 2m

ii. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda ambil. 3m

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan tersebut. 4m


SKEMA
i. …tidak rasional lagi/ tidak waras lagi

ii. …memohon bantuan pihak keselamatan…berlindung dib alai polis atau di kem tentera…berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

iii. …reda. Cth: wanita Cina menerima ketentuan bahawa tunangnya telah meninggal dunia…tidak berdendam. Cth: Wanita Cina tidak berdendam terhadap kumpulan anak muda yang memukul dan menyeksa tunangnya

0 comments: