BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 8

SOALAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Kasihan Mir.
“Jangan biarkan jiwa kosong.”

Hakimah merenung wajah ibu. Wajah itu penuh ketenangan. Ada sinaran lembut yang membersit terpancar dari mata ibu. “Kau harus isikannya dengan nur.”

“Nur?” Hakimah terkesima. “Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan.”
Hakimah terdiam. Lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini.

“Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan.

“Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat.”

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 179)

i. Berikan dua perlakuan Mir yang dianggap mengalami konflik jiwa atau dikelaskan sebagai skizofrenia mudah? 2m

ii. Sekiranya anda ialah Hikmah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk memulihkan semangat Mir? 3m

iii. Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 4m






SKEMA:
i. …tidak berminat dalam banyak perkara…tidak mahu keluar…pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan

ii. …mengajak dia melancong…selalu menemaninya berbual…mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga…membawanya berjumpa dengan pakar.

iii. dalam petikan
kasih sayang.Cth: Hakimah sangat sayang akan Mir atau Amirah
dalam cerpen
Gigih.Cth: Hakimah tidak berputus asa untuk menyembuhkan penyakit kemurungan yang dialami Amirah

0 comments: