BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 3

SOALAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Hakimah mengusap bahu Mir. Simpati mengalir di celah-celah rekahan senyumannya. Jiwa Mir terseksa. Mir tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mir harus diberi kekuatan. Mir harus diberi keyakinan. Tidak ada sesiapa dalam hidup Mir lagi. Kecuali ayah yang telah tua. Kecuali samudera. Kecuali angin. Kecuali tanah bekas peninggalan hidupnya yang manis. Dan kenang-kenangan yang sukar Mir lupakan. Selebihnya tidak ada. Tidak ada apa-apa lagi buat Mir.

Kasihan Mir.
“Jangan biarkan jiwa kosong.”

Hakimah merenung wajah ibu. Wajah itu penuh ketenangan. Ada sinaran lembut yang membersit terpancar dari mata ibu. “Kau harus isikannya dengan nur.”

“Nur?” Hakimah terkesima. “Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan.”

Hakimah terdiam. Lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini.

“Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan.

“Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat.”

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 178 – 179)

i. Nyatakan nasihat-nasihat yang disarankan oleh ibu untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh Nur. 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan seseorang? 3m

iii. Nyatakan satu perwatakan Hakimah yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakan Hakimah yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m


SKEMA:
i. …jangan biarkan jiwa Mir kosong…mengajar Mir membaca al-Quran…mengajar Mir mengenal Tuhan.

ii. …berfikiran positif iaitu kemiskinan bukanlah suatu halangan untuk mencapai kejayaan…mengamalkan budaya menabung wang dan berbelanja secara berhemah supaya wang lebihan dapat digunakan pada kemudian hari…menyambung pelajaran supaya memenuhi syarat-syarat untuk memohon pekerjaan yang bergaji lumayan.

iii. dalam petikan:
keprihatinan. Cth: Hakimah mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh rakan sebiliknya iaitu Amirah. Amirah menghidap penyakit kemurungan akibat hidup dalam keluarga miskin.
dalam cerpen:
simpati. Cth: Hakimah membantu Amirah dengan hati yang ikhlas dan bukan untuk mendapatkan balasan kerana Amirah seorang mahasiswi yang miskin…kegigihan. Cth: Hakimah tidak jemu-jemu memujuk Amirah supaya mengubah cara hidup iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan agar sembuh daripada penyakit ‘skizofrenia’ yang dideritainya selama ini.

0 comments: