BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Mellisa -soalan 16

SOALAN 16

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hampir senja, Hisyam yang tinggal di kampung setinggan tidak jauh di belakang rumahnya itu akan berlari-lari pulang ke rumahnya.Tinggallah dia sendirian, berdiri melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya. Dia tidak berkecil hati atas tindakan Hisyam meninggalkannya tiba-tiba serupa itu, dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga mainan mereka masih bersepah. Dia tahu Hisyam mesti pulang pada waktu itu. Waktu hampir maghrib sebelum kedengaran azan. Pada waktu serupa itu dia terus berdiri, tidak masuk ke dalam rumahnya. Dia terus berdiri di tepi pagar memandang ke arah rumah Hisyam. Dia mahu melihat Hisyam keluar ke masjid yang letaknya di hujung jalan. Hisyam akan memakai baju kurung putih, bersongkok hitam. Kain sarungnya diselempangkan sahaja menyilang melintasi bahu dan dadanya. Nampak seluar pendek yang dipakai waktu bermain tadi. Hisyam seperti sudah tahu dia ada di situ, akan mengangkat tangan melambai kepadanya dan dia membalas balik lambaian itu. Setelah Hisyam membelok ke dalam pekarangan masjid barulah dia masuk ke dalam rumah. Dia sangat suka dengan Hisyam.

Hisyam telah tidak ada. Dia dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Jalan Petaling.Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negar waktu tragedi itu meragut nyawa mereka. Kalau Hisyam masih hidup tentulah umurnya sudah 30 tahun. Dia sudah jadi seorang peguam yang berjaya ataupun askar yang berpangkat tinggi. Dia sendiri baru berumur lima tahun waktu Hisyam terbunuh itu. Masih kecil berhingus. Dia tidak tahu apa-apa. Beberapa hari lamanya dia tidak dibenarkan keluar dari rumah. Ibu dan bapanya juga tidak keluar dari rumah.Saudara-mara dan kawan kenalan juga tidak datang berkunjung. Apek tua yang menjual sayur juga tidak datang-datang.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan kesan rusuhan kaum 13 Mei seperti yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. 3m

ii. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita. 3m

iii. Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m


SKEMA
i. …Dia (Mellisa) tidak dibenarkan keluar dari rumah…ibu dan bapa mellisa juga tidak keluar dari rumah…saudara-mara dan kawan-kawannya juga tidak ada yang datang berkunjung…apek tua yang menjual sayur juga tidak datang

ii. …melalui sistem pendidikan yang sama…kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan…melalui sambutan perayaan secara bersama…peranan media massa yang selalu memaparkan kepentingan perpaduan.

iii. dalam petikan:
…rasional. Cth: Mellisa tidak berkecil hati dengan tindakan Hisyam meninggalkannya secara tiba-tiba dengan pinggan mangkuk dan periuk belangan mainan mereka masih bersepah kerana dia memahami masalah Hisyam…Menghargai.Cth: Mellisa amat menghargai persahabatannya dengan Hisyam
dalam cerpen;
cinta akan tanah air. Cth; Mellisa mencintai negaranya sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja demi negara…penyayang.Cth: Mellisa amat menyayangi Hisyam…berani.Cth: Hisyam berani menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

0 comments: