SOALAN 19
Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.
Sungguhpun dalam hatinya mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai.
“Sila anakanda ke balairung seri.”
“Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.”
Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang.”Bermain di sini beradat juga, encik.” “Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang?” Tanya Bujang Selamat lagi.
“Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki.”
(Dipetik daripada cerita “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata adat bergelanggang. 1m
ii. Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat? 4m
SKEMA
i. …peraturan pertandingan
ii. …kerana gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur
iii. …kerana perbuatan itu dianggap menganiayai binatang…unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini…dalam Islam perkara ini haram
Wednesday, November 24, 2010
Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 19
Posted by eranis at 8:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment