BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 9

SOALAN 9

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

“Mir.”

“Kau tidak pernah merasai laut seperti ayahku yang saban hari bergelut dengannya. Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar raungannya.”

“Mir, sudahlah. Kau sakit, Mir. Kau harus mendapatkan rawatan. Aku bantu kau,ya?”
Hakimah buntu. Dia mahu berterus terang. Mir perlu dibantu. Mir jadi pendiam sejak akhir-akhir ini.
Dia tahu masalah Mir. Rumah Mir di tepi pantai sudah dirobohkan. Rumah Mir yang buruk dan mahu tumbang itu akan digantikan dengan rumah peranginan yang cantik. Mir tidak berhak tuntut apa-apa kerana tanah itu bukan milik mutlak Mir.Milik mutlak Mir hanyalah rumah papan berderet yang akan dikongsi dengan jiran-jiran Mir nanti. “Mir, cuti semester ini, kau ikut aku pulang, ya?” Hakimah menyentuh bahu Mir. Rambut Mir yang panjang dibelai-belainya. Ada simpati yang luruh di celah-celah harum rambut itu.
“Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa,” Mir terus sahaja bersuara. Matanya tetap merenung jauh. Pandangan itu menjangkau angin, bukit dan pokok-pokok hijau di kampus itu.

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 176-177)

i. Siapakah Mir dalam petikan di atas? 3m

ii Sekiranya anda Mir, adakah anda akan mengalami keadaan seperti dirinya? Mengapakah anda berpendapat demikian? 3m

iii. Jelaskan tiga latar masyarakat dalam cerpen ini. 3m




SKEMA
i. Mir ialah Amirah. Rambutnya panjang. Dia pelajar universiti yang belajar di kampus hijau. Dia mengalami tekanan jiwa apabila rumahnya di tepi pantai telah dirobohkan dan terpaksa berpindah ke rumah papan panjang berderet akibat pembangunan mewah rumah peranginan.

ii. saya tidak akan mengalami keadaan seperti yang dilalui orang lain kerana saya akan bersikap positif serta berfikiran rasional menghadapi dugaan hidup sedemikian….saya juga akan berbincang dengan rakan-rakan tentang permasalahan saya. Jikalau perlu, ayah juga akan diajak berunding dalam hal ini bagi meredakan kesedihan hatinya atas kehilangan rumah yang menjadi kenangan kami buat selama-lamanya itu…saya akan berdoa supaya perkara yang berlaku merupakan ketentuan Allah dan menjadi perkara terbaik nuat kami pada masa hadapan.

iii. masyarakat pelajar.Cth diwakili Amirah dan Hakimah…masyarakat yang bekerja sendiri. Cth: Bapa Mir bekerja sebagai nelayan…masyarakat miskin.Cth: Amirah memerlukan bantuan kerana kehilangan tempat tinggal

0 comments: