BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

cerpen pemain catur - soalan 1

Soalan 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua belah pihak membuat serangan. Lama. Tiga hari tiga malam sudah berlalu.Bukan mudah menentang orang bergelar. namun Um tidak akan menyerah kalah. Dia mengumpul segala kemampuan minda untuk memenangi pertarungan.

Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan.

Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.

Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.
“Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!”

“Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?”

“Jangan tuduh Uj sembarangan. Pastikan dulu betul tidaknya di mana letaknya kota engkau tadi? Kalau engkau takut kalah, baik mengaku kalah saja, Um!” bergetar suara Uj menggerudi hati Um.

i. Jelaskan helah yang dilakukan oleh Uj untuk mengalahkan Um. 2m

ii. Sekiranya anda seorang pemain bola sepak sekolah, apakah persediaan anda untuk menghadapi sesuatu pertandingan? 3m

iii. Nyatakan satu watak Um yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 4m



SKEMA:
i. …ketika Um meneguk minuman, Uj telah mengalihkan buah catur Um… buah catur Um yang berada di kanan, dialih ke kiri.

ii. …saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh…saya akan mempelajari pelbagai kemahiran dalam bola sepak…. saya akan mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan

iii. Dalam petikan…bersemangat waja. Cth: Um bersedia berhadapan dengan Uj dalam permainan catur walaupun Uj pemain catur yang hebat….Dalam cerpen… berani. Cth: Um berani menerima cabaran Uj untuk berlawan catur.

0 comments: