BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

Cerpen pemain catur - soalan 7

SOALAN 7

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan.

Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.

Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.

Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.

“Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!”

“Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?”

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)


i. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara Uj dengan Um? 3m

ii. Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda. 3m

iii. Nyatakan satu perwatakan Uj dalam petikan di atas dua perwatakan Uj dalam cerpen tersebut. 3m




SKEMA
i. …buah catur Um di sebelah kanan telah bertukar tempat di sebelah kiri…Um mengalih kedudukan buah catur itu semula…Uj menuduh Um bermain tipu.
ii. Uj, kerana strategi Um akan gagal jika dia menukarkan tempat buah catur Um…Uj terpaksa menukar kedudukan buah catur Um, jika tidak dia akan kalah…Uj ingin membatalkan permainan kerana dia hampir kalah.
iii. dalam petikan: …mudah rasa gelabah kerana Um hampir menewaskannya dalam pertandingan catur…cerpen: …terlalu yakin akan kemampuan diri dalam bemain catur…cepat marah dan tidak mahu mengalah

0 comments: