SOALAN 15
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.
Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak lagi kenal dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 171)
i. Apakah tanggapan ‘dia’ terhadap Syahid pada masa depan? 3m
ii. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan seseorang lebih mementingkan negara daripada diri sendiri? 3m
iii. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam petikan. 3m
SKEMA
i. Syahid akan diapit oleh dua orang wanita sekali gus…Syahid memandu motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal…Syahid tidak lagi mengenali dirinya yang hanya memandu kereta tua
ii. …kerana memahami sejarah negara yang pernah dijajah dan khuatir jika negara dijajah sekali lagi…disebabkan semangat patriotik yang mendalam tertanam dalam diri mereka…mereka juga membuat keputusan sedemikian disebabkan latar belakang pendidikan yang diterima daripada ibu bapa yang mementingkan nusa dan bangsa
iii. …Kita hendaklah sentiasa mementingkan negara berbanding diri sendiri. Cth: watak ‘dia’ rela menangguhkan perkahwinan untuk mengabdikan diri kepada nusa dan bangsa… Kita hendaklah berserah diri kepada Tuhan dalam menentukan masa depan kita. Cth; watak ‘dia’ pasrah tentang hubungannya dengan Syahid.
Friday, November 12, 2010
Cerpen:Mellisa-Soalan 15
Posted by eranis at 10:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment