SOALAN 2
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mengapa dia begitu mudah mengikut Farid ke pejabat surat khabar tadi? Suratan takdir? Tiba-tiba dia teringat pada surat kawannya dari seberang Laut China Selatan.
“Langkah, rezeki, pertemuan, dan maut adalah milik Tuhan,” kata kawannya itu ketika membuat komen tentang cintanya yang gagal, nasibnya yang malang.Cinta fizikal itu tidak akan kekal, apabila terpenuhi sahaja maksudnya cinta itu sirnalah! Ekorannya ialah masalah.
“Bagi kami orang Islam,” kata lagi kawannya itu. Sebab dia sendiri pun sekarang ni sedang dalam proses menghayati salah satu cinta itulah sehingga cintanya yang lain telah beberapa kali terhempas ke batu karang. Dia tahu, cintanya yang ini juga akan berakhir serupa itu. Syahid tidak mungkin mengerti dengan dirinya yang sudah dimiliki oleh kekasihnya yang lain. Syahid tidak akan mengerti. Rasanya, cintanya kepada Hisyam itulah sahaja cintanya yang benar. Walaupun pada waktu itu dia tidak mengerti tentang perasaan yang mengusik hatinya, Dia masih kecil.
“Mei!” kata Hisyam waktu mereka sama-sama bermain di samping rumahnya. “Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau.”
Mereka main masak-masak. Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Dia senang dengan Hisyam kerana Hisyam pandai mengambil hatinya dan sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk. Hisyam akan pergi mencari bahan-bahan untuk dimasak. Dia jadi tukang masak olok-olok. Setelah itu mereka akan makan bersama-sama. Hisyam selalu berkata masakannya sedap. Hatinya pun kembang apabila dipuji serupa itu.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Dari segi Islam, apakah cinta yang boleh membawa seseorang ke jalan yang baik? 3m
ii. Mengapakah Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam? 3m
iii. Watak Mellisa banyak memikirkan soal cinta. Berikan satu bukti yang terdapat dalam petikan di atas dan dua bukti lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m
SKEMA
i. …cinta kepada Allah, Rasul dan kepada bangsa dan tanah air.
ii. …cintanya yang sebenar…cinta pandang pertama…Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk…Hisyam selalu memuji dia pandai memasak
iii. dalam petikan: cinta sesama manusia. Cth: cinta Mellisa kepada Hisyam ialah cinta yang benar…
dalam cerpen: cinta akan tanah air. Cth: Mellisa ada buat kajian mendalam punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969…cinta akan perpaduan. Cth: walaupun berketurunan Cina, namun Mellisa tidak berfikir kecinaan dan dia lebih menerapkan aspek kebangsaan dalam hidupnya.
Sunday, November 21, 2010
Cerpen Biarkan Samudera -Soalan 2
Posted by eranis at 5:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment