BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 22, 2010

Prosa: Pelayaran yang penuh peristiwa-soalan 8

SOALAN 8

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Awang sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.

Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya,”Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.”

“Anakanda tidak mahu ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.”

Mahu tidak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah,”Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakanda yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya.!”

“Ampun tuanku, titah Tuanku itu benar, tetapi patik adalah menumpang teduh di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.”

Tuanku Nakhoda Tua memimpin tangan Awang Sulung lalu dibawanya ke depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, puterinya. “Anakanda Dayang, siapakah sebenarnya yang telah memeliharakan geliug ini daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan bajak-bajak laut tempoh hari?”

“Dialah ayahanda, orang yang kita cari selama ini sejak kita meninggalkan Semarang, Tanah Jawa. Dialah yang bernama Awang Sulung Merah Muda.”

Kemudian Tuanku Nakhoda Tua segera menitahkan Mualim Cik Mas membacakan khutbah nikah kerana mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan puterinya. Jurumdi yang telah melarikan diri terus memegang kemudi dengan hati yang marah bercampur malu.

(Dipetik daripada “Pelayaran Yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan berdasarkan petikan. 2m

ii. Apakah alasan yang digunakan oleh Tuanku Nakhoda Tua semasa memujuk Awang Sulung Merah Muda? Kemukakan tiga alasan tersebut. 3m

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menolak permintaan ayahandanya untuk memanggil Awang Sulung Merah Muda? Kemukakan tiga pendapat anda. 3m


SKEMA
i. …perempuan atau gadis yang mencari atau mendapatka lelaki

ii. …ayahanda sudah tua…penglihatan sudah kabur…pendengaran sudah kurang…dia benar-benar tidak mengetahui bahawa Awang Sulung Merah Muda yang menyelamatka geliung

iii. wajar kerana:…puteri akan dilihat sebagai tidak sopan…Tuanku Nakhoda yang bersalah dan sepatutnya baginda yang berjumpa sendiri denganAwang Sulung Merah Muda…Awang Sulung Merah Muda akan mentaati perintah Tuanku Nakhoda Tua

0 comments: