SOALAN 12
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tanggal 4 Oktober yang lalu bebrapa orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah. Mereka ingin membeli rumah Wah untuk dijadikan satu daripada pusat pelancongan. Wah menolak kerana masih berpegang pada amanah ibunya. Wah juga dibantu oleh Lebai Saleh dalam member alasan yang munasabah agar pihak tersebut tidak berkecil hati.
Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saelh pernah bertaktha di hati Wah. Tetapi mereka berpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milik Firdaus Frank, anak buah Frank Sweetenham. Wah wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk Sembilan bulan tiga hari, suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum pa lahir. Wah menjadi cekal. Persis Siti Maryamkah atau Siti Hajar?
Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacanya. Mikraj mengusik Wah, Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata. Wah memuncungkan mulutnya, Mikraj senyum, Wah ketawa tetapi ketawa Wah Cuma tiga dekah. Kata Wah jika ketawa lebih-lebih gelap hati jadinya. Intim sungguh mereka berdua. Israk mengintai dari jendela. Perasaan cemburu tidak berputik sekelumit pun dalam dirinya.
i) Apakah bukti yang menunjukkan ketabahan Wah? [3 markah]
ii) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan bangunan bersejarah sehingga dijadikan sebagai destinasi pelancongan di negara ini? [3 markah]
iii) Jelaskan satu perwatakan Mikraj dalam petikan dan dua perwatakannya yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. [3 markah]
Jawapan :
i) - reda menerima hubungan percintaannya dengan Lebai Saleh terputus apabila
Lebai Saleh melanjutkan pelajaran di Mesir.
- Reda menerima ketentuan takdir bahawa dia tidak mempunyai jodoh dengan Lebai Saleh apabila masing-masing telah berkahwin apabila berjumpa semula
- Kematian suami sewaktu dia sarat mengandung.
ii) - mempunyai seni bina yang unik kerana menerima pengaruh penjajah.
- Pembinaannya berkaitan dengan peristiwa sejarah yang berlaku di tempat tersebut.
- Berusia ratusan tahun.
iii) Perwatakan Mikraj dalam petikan :
- Pandai mengambil hati orang tua-tua – Mikraj bergurau senda dan amat mesra dengan Wah.
Perwatakan Mikraj dalam cerpen :
- Menggemari makanan kampong – Mikraj makan makanan kampung yang dihidangkan oleh ibu dan neneknya.
- Matang dalam pemikiran – sering menasihati abangnya, Israk supaya berkelakuan baik dan jangan melukakan hati mereka yang sudah tua.
Wednesday, November 3, 2010
Cerpen Israk: Soalan 12
Posted by eranis at 6:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment