SOALAN 5
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Um mulai mencapai buah catur berwarna putih. Tapi tangannya segera ditepis. “Yang putih aku punyai. Engkau pakai yang hitam.” Seperti suara amaran. Um terkedu mendengar arahan itu.
“Hitam atau putih, serupa saja. Yang penting kemampuan kita memulakan strategi.” Um memungut buah-buah hitam sambil meyakinkan diri dengan sepenuh keyakinan untuk memenangi pertandingan tersebut.
Setapak demi setapak bala tentera kedua-dua belah pihak membuat serangan. Lama. Tiga hari tiga malam sudah berlalu. Bukan mudah menentang orang bergelar. Namun Um tidak akan menyerah kalah. Dia mengumpul segala kemampuan minda untuk memenangi pertarungan.
Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan.
Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.
(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, hal. 150,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)
i. Apakah maksud rangkai kata Tembok kecundang kian sendeng ? 2m
ii. Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam pertandingan itu. 3m
iii. Jelaskan satu sikap Um yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu sikap Um yang lain daripada cerpen keseluruhannya. 4m
SKEMA:
i. …akan berhadapan dengan kekalahan.
ii. …agar menerima hakikat bahawa kalah atau menang merupakan adat pertandingan…meminta pemain tersebut mengkaji punca kekalahannya dan meningkatkan latihan….menyertai pertandingan yang akan datang.
iii. …dalam petikan; tidak mudah menyerah kalah.Cth: Dia tetap mencari jalan untuk menewaskan Uj dalam pertandingan catur…..dalam cerpen: Bijak.Cth: Um dapat menewaskan abangnya Uj, seorang pemain catur yang hebat.
Thursday, November 4, 2010
Cerpen Pemain Catur - soalan 5
Posted by eranis at 11:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment