SOALAN 10
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Beberapa hari sesudah perintah berkurung ditarik, barulah para penduduk kampung setinggan dan di daerah sekitarnya mulai terasa akan kehilangannya. suaranya yang mewarnai suasana pagi sudah tidak kedengaran lagi. Mereka mulai terasa akan kehilangan Hisyam dalam hidup mereka. Hisyam yang berjalan sambil membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-laungkan dengan suara tinggi menjaja nasi dan kuih koci buatan ibunya. Dahulu ketika Hisyam masih ada dan berjalan-jalan di lorong rumah mereka, tidak pernah ada yang memikirkan akan kehadirannya. Tiap-tiap pagi tanpa mangkir, dia telah berada di atas jalan raya. Dia mengganggu mereka. Sekarang baru mereka merasa rindu dengan suara mersik tinggi itu. Mulai rindu akan nasi lemak dan kuih kocinya. Tetapi perasaan itu pun sedikit demi sedikit hilang pula oleh kebiasaan.
Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Mengapakah kematian Hisyam dianggap sebagai satu kehilangan? 2m
ii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang? 4m
iii. Jelaskan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m
SKEMA
i. …kerana tidak kedengaran suaranya yang tinggi sewaktu menjaja nasi lemak dan kuih koci lagi…mereka rindu akan suaranya sewaktu menjaja setiap pagi
ii. …mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat…tidak menimbulkan apa-apa perkara yang melibatkan sensitivity kaum…menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan kaum-kaum lain…pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga keamanan negara ini.
iii. dalam petikan: pergaduhan antara kaum. Cth: Penduduk yang tidak berdosa ramai yang terkorban dan harta benda juga rosak
dalam cerpen: perasaan cinta terhadap manusia…semangat patriotik/cinta akan kedamaian
Friday, November 12, 2010
Cerpen:Mellisa-soalan 10
Posted by eranis at 10:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment