SOALAN 3
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang dinar emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing.
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nahkoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak ahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”
“Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang diselingkari tali sauh itu?”
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tetegun kagum lalu kembali bertanya kepada puterinya, “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?”
“Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.”
(Antalogi Harga Remaja, halaman 40.)
i. Berikan contoh sifat-sifat negatif yang dimiliki oleh jurumudi. (2 m)
ii. Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu marah kepada Tuanku Nakhoda Tua? Berikan tiga sebab. (3 m)
iii. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata orang bawahannya tanpa usul periksa? (3 m)
JAWAPAN :
(i) … pembohong, iaitu memberitahu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang menyelamatkan kapal itu daripada dirampas oleh lanun.
… mengambil kesempatan atas sikap Tuanku Nakhoda Tua yang mudah mempercayai kata-kata orang tanpa berfikir panjang.
(ii) …tidak berpuas hati dnegan keputusan Tuanku Nakhoda Tua
…tidak brsetuju berkahwin dengan jurumudi
… bertindak terburu-buru tanpa menyelidik lebih dahulu kebenaran / kesahihan sesuatu perkara.
(iii) … timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas
… hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah.
… berlaku perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan, dan sebagainya.
Sunday, November 21, 2010
Prosa:Pelayaran Yang Penuh Peristiwa-Soalan 3
Posted by eranis at 8:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment