BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen: Mellisa-soalan 13

SOALAN 13

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.

“Rasanya kita pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit . Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulitnya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar ini kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecik bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu,bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentu mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa.Hisyam pun kalau ada sekarang, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 153-155)





i. Mengapakah Mellisa gugup apabila Farid memperkenalkan Syahid kepadanya? 3m

ii. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki pada hari ini? 3m

iii. Nyatakan satu nilai yang terdapat dal dalam petikan dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m


SKEMA
i. …wajah Syahid mirip wajah Hisyam…Syahid memberitahunya bahawa mereka pernah berjumpa…Mellisa sudah jatuh hati dengan Syahid.

ii. …kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki…kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki dalam keluarga…pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang teraniaya.

iii. dalam petikan:…perpaduan. Cth: Syahid berbangsa Melayu diperkenal kepada Mellisa berbangsa Cina.
dalam cerpen: simpati..Cth: Mellisa bersimpati dengan Hisyam yang tinggal di kampung setinggan di ibu kota. Mellisa berkawan dengan Hisyam walaupun Hisyam miskin.
penyayang. Cth: Mellisa bertegas mahu menjadi tentera kerana mahu menjaga keamanan negara.

0 comments: