BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 4

SOALAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas. Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan.

Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. Alangkah damainya jika Mir juga punya ibu. Barangkali Mir juga akan lebih damai. Akan lebih tenteram.

“Ajaklah Mir datang ke sini. Ingin sekali ibu ketemu dengannya.”

Spontan, direnungnya wajah ibu yang damai. Sesungguhnya pada saat-saat seperti itu, bagaikan tidak terasa betapa dia sebenarnya amat bertuah, memiliki wanita yang sarat kemuliaan ini.

“Ya. Saya akan mengajaknya ke sini, ibu. Mengajaknya mengenali seorang wanita yang saya kagumi sejak dulu,” ujarnya.

Barangkali, dia sewajarnya tidak terus membenamkan kekesalan yang perih itu terus ke jantung hati. Sewajarnyalah dia membiarkan sahaja samudera itu bergulung-gulung, berpintal-pintal dengan ngauman kegarangannya yang tidak pernah berubah sejak dulu. Yang berubah hanyalah pantai itu. Yang bertukar hanyalah kehidupannya yang payah.

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah pendapat Hakimah terhadap konflik yang dihadapi oleh Mir? 2m

ii. Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya? 4m

iii. Huraikan satu nilai dalam petikan dan dua nilai yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m






SKEMA
i. …Mir tidak akan menghadapi konflik jiwa jika dia masih mempunyai ibu…Mir tidak harus terlalu memikirkan masalahnya sehingga mengganggu fikiran dan perasaannya.

ii. …menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah…membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat…sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya…membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupan masalahnya

iii. dalam petikan:
kesyukuran.Cth: Hakimah bersyukur kerana mempunyai ibu yang baik hati
dalam cerpen:
simpati.Cth: Hakimah simpati kepada Mir yang mengalami konflik jiwa…insaf. Cth: Amirah akhirnya insaf akan sikapnya yang tidak tabah menghadapi masalah sehingga mengalami konflik jiwa.

0 comments: