SOALAN 9
Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.
Sungguhpun dalam hatinya mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai.
“Sila anakanda ke balairung seri.”
“Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.”
Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelanggang.”Bermain di sini beradat juga, encik.” “Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang?” Tanya Bujang Selamat lagi.
“Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki.”
i. Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur 2m
ii. Apakah adat menyabung ayam yang tidak dibenarkan seperti dijelaskan oleh penghulu gelanggang sebelum acara menyabung ayam dijalankan? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam? 3m
SKEMA
i. …umpama cahaya yang memancar di langit berpancaran
ii. …mencabut keris yang tersisip di pinggang…mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala..menyingsing lengan baju
iii. …tidak ada pilihan hiburan yang lain…untuk mengisi masa lapang…kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama…dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang
Monday, November 22, 2010
Prosa:Pelayaran yang penuh peristiwa-Soalan 9
Posted by eranis at 4:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment