SOALAN 6
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Kasihan Mir.
“Jangan biarkan jiwa kosong.”
Hakimah merenung wajah ibu. Wajah itu penuh ketenangan. Ada sinaran lembut yang membersit terpancar dari mata ibu. “Kau harus isikannya dengan nur.”
“Nur?” Hakimah terkesima. “Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan.”
Hakimah terdiam. Lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini.
“Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan.
“Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat.”
Hakimah terkedu. Direnungnya wajah puan kaunselor itu dengan pandangan sayu. Mir tidak boleh dibiarkan hanyut. Mir harus diberi kekuatan. Mir sahabatnya yang tulus. Mir lambang perjuangan. Namun jiwa Mir terlalu goyah.
Mudah sahaja Mir tergugah. Mir tidak pernah menikmati kasih sayang sesiapa. Kecuali ayahnya. Kecuali orang tua yang mempunyai kudrat yang rapuh itu.Barangkali, barangkali kerana itulah Mir mudah menjadi pemurung.
(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 179)
i. Apakah pesanan puan kaunselor kepada Hakimah untuk membantu Mir yang mengalami masalah kemurungan? 3m
ii. Sekiranya anda Mir, apakah punca-punca yang menyebabkan anda mengalami skizofrenia? 3m
iii. Nyatakan satu perwatakan Mir dalam petikan dan dua perwatakan Mir dalam keseluruhan cerpen. 3m
SKEMA
i. …mengajar Mir membaca al-Quran…mengisikan jiwa Mir yang kosong dengan nur…mengenali Tuhan yang Satu
ii. …tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia sejak lahir…rumah dirobohkan kerana tempat itu akan dibina pusat pelancongan…mengenang nasib ayah seorang nelayan tua
iii. dalam petikan:
lemah semangat dan pasif. Cth: dia tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan dalam hidup serta mengabaikan pelajaran
dalam cerpen:
kuat berimaginasi.Cth: dia suka mengenang nasibnya yang malang….Mudah putus asa.Cth: Dia menjadi seorang yang pemurung kerana jiwanya terlalu goyah
Sunday, November 21, 2010
Cerpen biarkan Samudera-Soalan 6
Posted by eranis at 5:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment