Soalan 4
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
(Dipetik daripada cerita “Pelayaran yang Penuh Perisitiwa” dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka).
(i) Apakah maksud rangkai kata isikan geliung ini penuh sarat? (2 m)
(ii) Mengapakah Awang Sulung tidak menghebahkan tentang pelayarannya? Nyatakan tiga sebab beliau berbuat demikian berdasarkan petikan di atas. (3m)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung? Berikan tiga sebab. (3 m)
JAWAPAN :
(i) … memuatkan kapal layar yang besar dengan padat.
(ii) … menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya
… berhutang kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebanyak lapan rial batu
…menyelesaikan hutang kepada Datuk Batin Alam sebanyak emas sejangka tiga
(iii) … mempunyai sifat yang mulia
… seorang yang sangat bijaksana
… seorang pahlawan yang handal
… suka memaafkan kesalahan orang lain
…seorang yang sangat merendah diri
Sunday, November 21, 2010
Prosa: Pelayaran yang penuh peristiwa-soalan 4
Posted by eranis at 9:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment