BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen: Mellisa- soalan 3

SOALAN 3

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Mengapakah Mellisa sayang akan negara ini? 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? 3m

iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh daripada cerpen ini. 3m


SKEMA
i. …kerana Mellisa warganegaranya…dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini…Mellisa tidak dapat hidup di negara lain walaupun negara lain lebih maju berbanding negaranya kerana cara hidup dan budaya berfikir yang berbeza

ii. …kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara…dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

iii. Dalam petikan: perasaan cinta akan negara. Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan rakyat negara ini hidup aman damai…Tema: cinta antara dua budaya. Cth: Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969 dan peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan negara.

0 comments: