BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 24, 2010

Prosa:Pelayaran yang penuh Peristiwa-Soalan 13

SOALAN 13

Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak masuk tangan, “Wahai ayahanda, adakah patut berulang-alik bertanyakan hal orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya dipersilakan anak-anak geliung itu naik ke istana?”

Baginda raja termakan cakap puterinya itu lalu ia menitahkan negeri dihiasi dan orang-orang besar pergi menjemput anak-anak geliung itu ke istana.

“Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik ke darat. Kalau hendak menyabung,gelanggang ada; hendak bercatur berjugar, tapaknya ada dan jika hendak berkenduri hidangan ada disediakan lengkap dengan balainya,” kata Datuk Orang Kaya Besar.

“Terima kasih. Silakan tuan-tuan berjalan dulu, kami mengikut dari belakang.”

Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tanda menujuke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.

Ketibaan Awang Sulung ke negeri itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, )

i. Apakah maksud raja termakan cakap puterinya? 2m

ii. Berikan bukti bahawa kedatangan tetamu diraikan dengan perasaan gembira. 3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan begitu meriah? 3m




SKEMA
i. …pemerintah mendengar kata anakandanya.

ii. …raja menitahkan negeri dihiasi…orang-orang besar baginda arahkan menjemput tetamu…pembesar negeri membenarkan tetamu itu melakukan aktiviti yang disukai seperti menyabung ayam,bermain catur atau mengadakan kenduri.

iii. …kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh…menunjukkan bahaw negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat…sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu disambut meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.

0 comments: