SOALAN 7
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
“Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gentian ini. Cuma, apabila kau sudah lulus nanti , ayah mahu kau carilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan bahagia.”
Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri. Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.
“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”
“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”
(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 181)
i. Apakah harapan ayah terhadap Mir berkaitan rumah dan laut? 3m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah Mir sentiasa mengingati ayahnya? 3m
iii. Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen. 3m
SKEMA
i. Ayah mahu apabila Mir sudah bekerja agar dapat membina mahligai yang baik. Mengenai laut , ayah mahu Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga laut. Ayah mahu Mir jangan membiarkan laut bergelor lagi (sakit) dan terus dapat berbakti kepada alam.
ii. …kerana ketika hayatnya ayahnya selalu mendampinginya sama ada ketika susah atau senang. ..ayahnya pernah melalui kehidupan yang penuh penderitaan, jadi Mir rasa bersalah jika tidak dapat membahagiakan ayahnya. ayahnya seorang bapa yang pengasih menyebabkan dia teringat curahan kasih sayang yang pernah diterima
iii. dalam petikan
kasih sayang. Cth: Mir mengasihi ayahnya sehinggakan sentiasa teringat saat-saat manis bersama ayahnya.
dalam cerpen
keprihatinan.Cth: Hakimah mengambil berat masalah yang dihadapi oleh Mir….keberanian. Cth: ayah Mir berani membelah samudera yang ganas untuk mencari rezeki.
Sunday, November 21, 2010
Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 7
Posted by eranis at 5:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment