BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

cerpen pemain Catur - soalan 3

SOALAN 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Um mulai tertarik mendengar kempen mesra catur yang tidak berhenti-henti diasakkan ke telinganya. Dia semakin seronok dan berminat mendekatkan diri secara intim dengan permainan ini.

“Nama keluarga kita patut dilakar semula di papan catur. Biar kita dapat duduk sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau Mir Sultan Khan. Dunia lebih kenal kepada Bobby Fischer, atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu, tetapi tiada nama al-Hakam.”

Um mengangguk. Tangannya mengurut janggut yang sejemput.

“Sekarang, tanggungjawab kitalah untuk menampilkan kegemilangan keluarga. Jika bukan kita siapa lagi? Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula?”

Um yang sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun. Disaksikan mata kasih ibu, Um menggenggam erat tangan Uj sebagai ikrar taat setia untuk berjuang bersama menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara terbaik dunia sebelum kurun ke-17, biarpun tiada siapa mengenali nama tersebut sebelum ini. Uj menarik tangan Um lalu mendakap Um dengan erat sekali.

(Dipetik daripada cerpen “Pemain Catur” karya Zaharah Nawawi, dalam antologi Harga remaja, hlm 146)

i. Apakah maksud ungkapan Sekarang, tanggungjawab kitalah untuk menampilkan kegemilangan keluarga? 2m

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha unuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan catur”? Mengapa? 3m

iii. Huraikan dua gaya bahasa berdasarkan petikan di atas dan dua gaya bahasa lain berdasarkan keseluruhan cerpen Pemain Catur. 3m


SKEMA:
i. …ialah Uj sering memberitahu Um bahawa datuk nenek moyang mereka merupakan pewaris keturunan al-Hakam, iaitu pemain catur terhandal di dunia sebelum abad ke -17. jadi, pada abad kini, Uj dan Um wajar berasa bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan itu.

ii. wajar… kerana mereka merupakan keturunan al-Hakam yang masih hidup dan tahu sejarah kegemilangan nenek moyang mereka dalam permainan catur sebelum abad ke-17 lagi. Jika tidak, sudah pasti ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga mereka akan terkubur begitu sahaja serta tidak dapat diwarisi untuk anak cucu mereka sampai bila-bila.

iii. Petikan: Hiperbola.Cth: dirasuk semangat kegemilangan.Metafora. Cth: kasih ibu.Dalam cerpen: bahasa Indonesia: ruwet. Personifikasi. Cth: bergetar suara Uj menggerudi hati Um.

0 comments: