SOALAN 15
Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah mandi, Awang Sulung masuk ke petak jubungnya bersalin pakaian pusaka tua warisan daripada bondanya. Kemudian ia pun mengenakan keris dan pedang yang sakti berjalan keluar.
Pada ketika itu, empat puluh lanun sedang mencangkuk rombeng geliung panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru, “Hai ketua lanun si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghulu ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!”
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal sudah itulah suara Awang Sulung.”Hai, baru ini kita selamat dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini.” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih , biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi hendak menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”
(Dipetik daripada cerita “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata mencangkuk rombeng geliung panjang . 2m
ii. Mengapakah lanun-lanun itu amat gementar setelah mendengar suara Awang Sulung Merah Muda? 3m
iii. Hasrat Awang Sulung Merah Muda yang mahu melangsaikan hutang wajar dicontoh. Berikan tiga kesan jika sesuatu hutang tidak dilunaskan. 3m
SKEMA
i. …bermaksud mengaitkan pada tempat pengikat kapal perang atau kapal dagang yang besar.
ii. …Awang Sulung Merah Muda ialah raja mereka…Awang Sulung Merah Muda seorang pahlawan yang handal…lanun-lanun itu amat menghormati Awang Sulung Merah Muda
iii. …tidak dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tenang Cth: sentiasa diganggu orang yang meminjamkan wang…dihimpit pelbagai perasaan.Cth: fikiran tertekan –resah gelisah – kerja-kerja tergendala kerana memikirkan hutang…berlakunya pertengkaran,permusuhan, atau kejadian yang tidak diingini. Cth; diancam oleh pihak yang berhutang.
Wednesday, November 24, 2010
Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 15
Posted by eranis at 5:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment