BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 12

SOALAN 12

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Kasihan Mir.
“Jangan biarkan jiwa kosong.”

Hakimah merenung wajah ibu. Wajah itu penuh ketenangan. Ada sinaran lembut yang membersit terpancar dari mata ibu. “Kau harus isikannya dengan nur.”

“Nur?” Hakimah terkesima. “Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kauajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan.”
Hakimah terdiam. Lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini.

“Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan.

“Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat.”

Hakimah terkedu. Direnungnya wajah puan kaunselor itu dengan pandangan sayu. Mir tidak boleh dibiarkan hanyut. Mir harus diberi kekuatan. Mir sahabatnya yang tulus. Mir lambang perjuangan. Namun jiwa Mir terlalu goyah.

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hlm 179)

i. Nyatakan tiga kesan yang berpunca daripada konflik jiwa yang dihadapi oleh Mir? 3m

ii. Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir. 3m

iii. Nyatakan satu iktibar yang terdapat dalam petikan dan dua iktibar lain dalam keseluruhan cerpen. 3m




SKEMA
i. …Mir tidak berminat dalam banyak perkara…tidak mahu keluar dan bergaul dengan orang lain…tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup

ii. …Hakimah sangat kasihan akan diri Mir…Mir ialah sahabat rapat Hakimah…Hakimah telah dididik menjadi orang berbudi oleh ibunya

iii. dalam petikan
Kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran agama untuk memperoleh ketenangan…
dalam cerpen
Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada rakan yang memerlukan bantuan…Kita hendaklah berusaha mengatasi konflik yang menimpa diri.

0 comments: