BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 5

SOALAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera.”

Mulutnya terkumat-kamit.

“Mir apa yang kaukata?”

Mulut mongel Hakimah memuncung sedikit. Mata Hakimah yang bulat bening dengan alisnya yang hitam lebat mencerlung ke arahnya.

Dia tidak peduli.
“Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau, Mir.”

Dia terdengar kata-kata itu. Ingatan-ingatan itu semakin kerap dan sukar hendak dikikis. Buatlah apa sahaja pun, kata-kata itulah yang didengarnya. Pandanglah apa sahaja pun, wajah itulah yang terbias. Biasan itu tidak pernah lekang. Tidak pernah renggang. Sedikit pun.

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Berikan maksud rangkai kata biasan itu tidak pernah lekang. 2m

ii. Jelaskan tiga cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem terutamanya di laut. 3m

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. 4m








SKEMA
i. …bayangan itu tidak akan hilang

ii. …memulihara alam sekitar dengan baik…mengelakkan pembuangan sampah serta sisa buangan, terutamanya di laut dan sungai….mengelakkan pembangunan berdekatan dengan laut keran hal ini akan mencemarkan air laut.

iii. dalam petikan
kasih sayang pada alam. Cth: ayah Mir menyayangi laut seperti dia menyayangi Mir.
dalam cerpen
setiakawan dalam persahabatan. Cth: Hakimah berusaha untuk membantu Mir mengatasi konflik jiwa yang dialaminya.

0 comments: