Soalan 18
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kekanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kekanada kembali ke Bandar Mengkalih.”
Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah,” sembah hulubalang itu.
Kemudian Si Kembang Cina pun berpantun :
“Jangan ditebang gelanggang itu,
Pucuknya ada berjurai-jurai;
Jangan dikenang yang hilang itu,
Sudah jatuh digonggong murai.”
i) Apakah maksud magun? [2 markah]
ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak sedarkan diri? [3 markah]
iii) Apakah maksud pantun yang terdapat dalam petikan di atas dan mengapakah Si Kembang Cina mengungkapkan pantun tersebut? [3 markah]
JAWAPAN :
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah bilik kurungan di buritan kapal layar (tempat rehat jurumudi).
ii) Tuan Puteri tidak sedarkan diri kerana:
- Awang Sulung Merah Muda hendak kembali ke tempat asalnya.
- Gagal terjun ke dalam laut kerana dihalang oleh hulubalang.
- Hendak bermanja dengan Awang Sulung Merah Muda.
iii) Maksud pantun ialah janganlah mengingati kekasih yang telah pergi, mungkin dia telah dimiliki oleh orang lain. Tuan Puteri berharap agar Awang Sulung Merah Muda:
- Melupakan kekasih lamanya.
- Tidak kembali ke negeri asalnya.
Wednesday, November 24, 2010
Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 18
Posted by eranis at 8:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment