SOALAN 17
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahnada, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?” “Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang diselingkari tali sauh itu?”
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tetegun kagum lalu kembali bertanya kepada puterinya, “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?”
“Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.”
(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,)
i. Berikan maksud rangkai kata segera menjengah ke petak jubung. 2m
ii. Apakah reaksi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendapat tahu mahu dinikahkan dengan jurumudi palsu? 3m
iii. Sikap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap ayahandanya dianggap kurang ajar. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhemah ketika berkomunikasi dengan ibu bapa kita? 3m
SKEMA
i. …segera melihat ke ruang yang ditutupi dengan sesuatu
ii. …dia segera menegur ayahnya yang dianggap sudah tua tetapi kurang berakal…dia menuduh mata ayahandanya sudah tua dan kabur…dia mahu ayahandanya melihat pemuda yang berada di dalam petak jubung.
iii. …kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita dengan kasih sayang…kata-kata yang kasar akan menyebabkan hati mereka tersinggung…supaya hidup kita memperoleh keberkatan
Wednesday, November 24, 2010
Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-soalan 17
Posted by eranis at 4:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment