BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 22, 2010

Prosa:Pelayaran yang penuh peristiwa-soalan 10

SOALAN 10

Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dengan hal yang demikian sampailah geliung panjang itu ke negeri Pati Talak Terengganu.
Ketika geliung panjang kenderaan Tuan Puteri Dayang Seri jawa itu berlabuh, Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun. Melihatkan kesampaian geliung itu, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan tentang geliung itu, tetapi si Kembang Cina menyuruh pula Bujang Selamat pergi bertanya.

“Hai jurubatu, dari mana geliung ini datang dan apa hajat datang ke mari?”

“Kami datang dari Negeri Bandar Mengkalih hendak pulang ke Negeri Semarang di Tanah Jawa.”

“Apakah muatannya?”

“Kami belayar bukan hendak berniaga, cuma hendak meninjau kati dan dacing , cupak dan gantang, adat resam negeri orang.”

Bujang Selamat berlari-lari pulang memberitahukan hal itu kepada baginda raja. Titah baginda, “Bagaimana hendak melihat adat resam orang kalau tidak naik ke darat? Pergilah kau sekali lagi Bujang Selamat, tanyakan adakah mereka tahu adat orang di laut.”
Bujang Selamat pun berlari-larilah pula menuju ke geliung panjang lalu bertanyakan hal itu.

Sahut Awang Sulung, “Adat di laut kami tahu:jika ada angin belayar, jika tidak berlabuh.”
“Tahukah pula encik adat orang di negeri?” Tanya Bujang Selamat.

“Tahu juga, tetapi kerana berlabuh di laut, entah apa pula pantang larangnya.”

Kemudian berlari-larilah Bujang Selamat menyampaikan hal itu kepada baginda raja. Kemudian dititahkannya pula Bujang Selamat pergi bertanyakan nama juragan, nakhoda, jurubatu dan jurumudi geliung panjang itu.


i. Apakah maksud rangkai kata meninjau kati dan dacing? 2m

ii. Jelaskan perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak. Puteru Uli Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh? 3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita merantau di tempat orang? 3m


SKEMA

i. …melihat peluang perniagaan

ii. …Puteri Uli Pati Talak Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun…apabila baginda melihatkan geliung itu sampai, Tuan Puteri menitahkan Si Kembang Cinanya pergi bertanyakan tentang geliung itu.

iii. …kita tidak akan dipandang serong…orang lain akan menghormati kita…kita mudah mendapat kawan

0 comments: