BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 3, 2010

Cerpen Israk: Soalan 9

SOALAN 9

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Mikraj menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati. Maklumlah rumah Wah sudah uzur. Hujan panas berjaya ditangkis, begitu juga dengan El Nino serta La Nina. Rumah inilah yang menyaksikan kehidupan Wah yang sebenarnya sekaligus menyimpan sejuta rahsia hati Wah.

Tanggal 4 Oktober yang lalu beberapa orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah. Mereka ingin membeli rumah Wah untuk dijadikan satu daripada pusat pelancongan. Wah menolak kerana masih berpegang pada amanah ibunya. Wah juga dibantu oleh Lebai Saleh datang member alasan yang munasabah agar pihak tersebut tidak berkecil hati.

Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertaktha di hati Wah, akan tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milik Firdaus Frank, anak buah Frank Swettenham. Wah menjadi wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk Sembilan bulan tiga hari, suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum Pa lahir. Wah memang cekal. Persis Siti Maryamkah atau Siti Hajar?

(Dipetik daripada cerpen ‘Israk’ oleh Erda Roslan Khairi dalam Antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hal. 135).

i) Apakah cabaran yang terpaksa Wah hadapi? (3 markah)


ii) Pada pendapat anda, nyatakan faktor yang menyebabkan Wah boleh menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup? (3 markah)



iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)





Jawapan:
i) Cabaran yang terpaksa Wah hadapi ialah beberapa orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah ingin membeli rumah Wah untuk dijadikan salah satu daripada pusat pelancongan. Selain itu, Lebai Saleh pernah bertaktha di hati Wah, akan tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Akhir sekali sewaktu kandungannya masuk Sembilan bulan tiga hari, suaminya meninggal dunia.


ii) Saya berpendapat, Wah kuat menghadapi cabaran hidup kerana sejak kecil melalui hidup yang susah menjadikan dirinya bersemangat waja. Selain itu, baginya jika diri sendiri tidak tabah, tiada siapa lagi orang yang boleh menolongnya. Akhir sekali ialah faktor persekitaran iaitu apabila melihat orang yang berjaya perlu memiliki jiwa yang kuat.



iii) Pengajaran daripada petikan ialah kita perlu tabah menghadapi cabaran hidup, contohnya Wah yang kematian suami, rumahnya mahu dijadikan pusat pelancongan, dan hubungannya dengan Lebai Saleh yang terputus tetapi dilalui dengan semangat yang kuat. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah menghargai makanan tradisional, contohnya Israk mahu memakan tempoyak dan jering. Akhir sekali kita sewajarnya menghormati orang yang lebih tua, contoh yang ditunjukkan oleh Israk yang tidak menghormati neneknya jangan diteladani.

0 comments: