BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 24, 2010

Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 16

SOALAN 16

Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tuanku Nakhoda Tua merasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas di dalam geliung itu. “Panggilkan Awang Sulung ke mari!” perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan.

Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.

Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya,”Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.” “Anakanda tidak mahu ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.”

Mahu tidak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah,”Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakanda yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya.!”

“Ampun tuanku, titah Tuanku itu benar, tetapi patik adalah menumpang teduh di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.”

(Dipetik daripada “Pelayaran Yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal 41)

i. Apakah maksud rangkai kata belum pun melunaskannya? 2m

ii. Apakah ungkapan yang dikatakan oleh Awang Sulung untuk menunjukkan dia berkecil hati terhadap Tuanku Nakhoda Tua? 3m

iii. Jika anda menghadapi situasi yang sama seperti Tuanku Nakhoda Tua, apakah yang akan anda lakukan untuk memujuk orang yang berkecil hati? 3m



SKEMA
i. …bermaksud tidak lagi menjelaskannya

ii. …untuk menunjukkan bahawa Awang Sulung berkecil hati, dia mengungkapkan kata-kata yang dia anak sakai yang tidak layak datang menghadap…dikatakan dirinya menumpang teduh di dalam kapal sahaja…dikatakan dia telah berhutang dan belum pun menjelaskan hutang tersebut.

iii. …. kita perlu mengungkapkan kata-kata pujian…kata-kata kita mesti bersikap lemah lembut agar orang yang mendengarnya memberikan respons positif…jika masih gagal, jangan berterusan mendesak, sebaliknya berikan masa dan datang pada waktu lain untuk memujuknya.

0 comments: