SOALAN 2
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
Oleh sebab terlupa hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah,” sembah hulubalang itu.
Kemudian si Kembang Cina pun berpantun:
“Jangan ditebang gelanggang itu,
Pucuknya ada berjurai-jurai;
Jangan dikenang yang hilang itu,
Sudah jauh digonggong murai.”
Balas Awang Sulung:
“Bagaimana tidak dikenang,
Pucuknya pauh selasih Jambi;
Bagaimana tidak dikenang-kenang,
Dagang yang jauh kekasih kami.”
(i) Apakah maksud magun? (2 m)
(ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak sedarkan diri? (3 m)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berpantun sedemikian dan apakah maksud pantun tersebut? (3 m)
JAWAPAN :
(i) Maksud kata tersebut ialah bilik kurungan di buritan kapal layar / bilik rehat jurumudi.
(ii) Tuan puteri tidak sedarkan diri kerana
- Enggan berpisah dengan Awang Sulung Merah Muda.
- Gagal terjun ke dalam laut kerana dihalang oleh hulubalang.
- Hendak bermanja dengan Awang Sulung Merah Muda .
(iii) - Tuan puteri berpantun sedemikian kerana tidak mahu Awang Sulung Merah Muda
pulang ke negeri asalnya.
- Menasihati Awang Sulung merah supaya melupakan kekasih lamanya kerana kekasihnya itu telah dimiliki oleh orang lain.
Sunday, November 21, 2010
Prosa:Pelayaran Yang Penuh Peristiwa- Soalan 2
Posted by eranis at 3:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment