BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

cerpen Pemain catur - soalan 2

SOALAN 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar.

Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja?

Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

“Tetapi sekarang senjata memakan tuan.” Uj senyum sinis.

(Dipetik daripada cerpen “Pemain Catur”, oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Mengapakah ibu tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya? 3m

ii. Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak bergaduh di hadapan ibu bpa? 3m

iii. Nyatakan satu latar masyarakat yang tedapat dalam petikan dan dua latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m


SKEMA:
i. Ibu tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya kerana sering berkelahi dan bermusuh-musuhan sedangkan ibu tidak pernah mendidik mereka untuk berkelakuan sedemikian demi memperoleh sesuatu yang dihajati.

ii. …kerana ibu bapa wajib dihormati dan anak-anak harus menjaga perasaan ibu bapa agar tidak tersinggung dengan pelakuan anak-anak….anak-anak harus menjaga kebajikan dan hati ibu bapa agar ibu bapa tidak bersedih yang boleh menyebabkan kesihatan ibu bapa mereka terganggu.

iii. Dalam petikan: Golongan ibu bapa yang tertekan dengan karenah anak yang suka berkelahi utk dapatkan sesuatu. Keseluruhan cerpen; Masyarakat yang mengagungkan permainan catur. Cth: Uj dan adik-adiknya amat meminati permainan catur dan Uj sendiri mahu nama keluarganya sebaris dengan tokoh-tokoh catur dunia. Masyarakat yang mementingkan diri. Cth: Uj dan Um tidak mahu mengalah menyebabkan hubungan kekeluargaan antara mereka terputus.

0 comments: