BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Prosa: Pelayaran Yang Penuh Peristiwa-Soalan 1

Soalan 1

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada Datuk Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”

“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka).



(i) Siapakah “adinda” dalam petikan tersebut? (2 m)

(i) Nyatakan tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih. (3 m)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3 m)


JAWAPAN :

(i) “Adinda” dalam petikan tersebut ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

(ii) Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih kerana dia telah berjaya menewaskan lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaikinya. Selain itu, hutangnya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila lanun-lanun tersebut mengisikan rial batu dan emas ke dalam geliung. Awang Sulung juga telah berjaya menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah, oleh itu hutangnya dianggap sudah berbayar.

(iii) Pada pendapat saya, rakyat perlu mentaati sultan kerana sebagai pemerintah negeri, sultan mempunyai darjat yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu mentaati sultan supaya tidak dianggap penderhaka kerana penderhaka akan dihukum. Sultan juga dipercayai mempunyai daulat.

0 comments: