SOALAN 10
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
“Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gentian ini. Cuma, apabila kau sudah lulus nanti , ayah mahu kau carilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan bahagia.”
Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri. Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.
“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”
“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”
(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 181)
i. Nyatakan dua harapan ayah kepada Amirah. 2m
ii. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera. 3m
iii. Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m
SKEMA
i. …berharap agar Amirah akan memperoleh pekerjaan yang baik setelah tamat pengajian nanti…berharap agar Amirah dapat meneruskan tanggungjawab untuk menjaga samudera itu.
ii. ..dengan cara menulis makalah tentang keburukan mencemari samudera…akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihkan samudera…akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera
iii. dalam petikan:
Bertanggungjawab.Cth: Ayah tidak mahu Amirah tinggal di rumah gentian sepertinya, sebaliknya meminta anaknya itu membina rumah sendiri
dalam cerpen:
baik hati. Cth: Ibu Hakimah menghadiahkan telekung putih kepada Amirah untuk solat bagi menenangkan jiwanya yang bergelora
Sunday, November 21, 2010
Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 10
Posted by eranis at 6:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment