SOALAN 14
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.
Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai.
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka )
i. Nyatakan bentuk fizikal tubuh badan Mellisa sehingga menjadi impian kebanyakan gadis. 3m
ii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja? 3m
iii. Nyatakan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan dua latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m
SKEMA
i. …gadis yang cantik…sederhana tinggi…potongan tubuh yang menarik…bermuka bujur telur…bermata jeli
ii. kempen kesedaran…pembelajaran mata pelajaran sejarah…didikan ibu bapa…penglibatan dalam PLKN
iii. dalam petikan: masyarakat yang cinta akan tanah air. Cth: Mellisa sanggup melupakan kepentingan diri demi negara
dalam cerpen: masyarakat miskin. Cth : Hisyam duduk di kawasan setinggan di ibu kota…masyarakat pelajar. Cth: Mellisa merupakan seorang pelajar yang bijak
Friday, November 12, 2010
Cerpen:Mellisa-soalan 14
Posted by eranis at 10:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment