SOALAN 11
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,” rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk mengayun kata-kata.
“Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?” Suara Mikraj makin lama makin meninggi.
Israk mengambil nafas dalam-dalam, dan berkata. “mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”
Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!”
“Aku cukup pantang kalau diherdik budak kecil!”
“Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampong semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘Perth’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tidak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya…,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.
“Sudah hujan,” peril Israk.
“Abang jangan terkejut kalau saya mampu buat abang menangis nanti!”
Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, terjolok sarang itu. Bahaya.
“Kalau bercakap dengan abang mesti ada kompromi,” katanya, memandang tepat ke wajah Israk. Fikirannya di awang-awangan.
“Sastera? Kalau kau jadi macam aku tentu pa dan ma berbangga.”
“Saya ni kreatif. Abang sedar, pa dan ma sangat menggalakkan saya memilihnya kerana minat saya terhadap sastera.”
Sejak itu Israk dan Mikraj tidak sejalan. Bagai minyak dan air. Entah bila akan bercantum.
(Antalogi Harga Remaja, halaman 136-138)
i) Mengapakah Mikraj mengajak keluarganya pulang ke kampung? [3 markah]
ii) Pada pendapat anda, apakah kelemahan yang ada pada perwatakan Israk berbanding dengan perwatakan Mikraj? [3 markah]
iii) Nyatakan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]
Jawapan:
i) – Mikraj mahu memperkenalkan Wah kepada abangnya, Israk – Wah telah memelihara Israk sejak dia berumur satu hari lagisehingga dibawa oleh datuknya ke Perth – Israk langsung tidak mengenali Wah.
ii) – Israk berhati keras dan kurang memikirkan perasaan orang lain, sebaliknya Mikraj sentiasa berfikir tentang orang lain kerana dia berjiwa seni – israk agak kasar dengan Wah, tetapi Mikraj amat menyayangi Wah – Mikraj suka akan kehidupan kampong, tetapi Israk sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.
iii) – Nilai murni daripada petikan: menghormati orang tua – nilai murni daripada keseluruhan cerpen: mengenang jasa orang yang membesarkan kita – bersyukur dengan segala limpah rezeki yang dikurniakan-Nya.
Wednesday, November 3, 2010
Cerpen Israk: Soalan 11
Posted by eranis at 6:49 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment