BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

Cerpen Pemain Catur - soalan 10

SOALAN 10

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Um mulai tertarik mendengar kempen mesra catur yang tidak berhenti-henti diasakkan ke telinganya. Dia semakin seronok dan berminat mendekatkan diri secara intim dengan permainan ini.

“Nama keluarga kita patut dilakar semula di papan catur. Biar kita dapat duduk sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau Mir Sultan Khan. Dunia lebih kenal kepada Bobby Fischer, atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu, tetapi tiada nama al-Hakam.”

Um mengangguk. Tangannya mengurut janggut yang sejemput.

“Sekarang, tanggungjawab kitalah untuk menampilkan kegemilangan keluarga. Jika bukan kita siapa lagi? Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula?”

Um yang sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun. Disaksikan mata kasih ibu, Um menggenggam erat tangan Uj sebagai ikrar taat setia untuk berjuang bersama menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara terbaik dunia sebelum kurun ke-17, biarpun tiada siapa mengenali nama tersebut sebelum ini. Uj menarik tangan Um lalu mendakap Um dengan erat sekali.

Sebelum melatih Um bermain catur, Uj menguji sejauh mana pengetahuan adiknya itu dalam permainan dam.

Papan dam berkotak-kotak empat persegi berselang-seli hitam dan putih dibentang. Buah-buah catur disusun mengikut susunan dam apit.

“Ini, raja. Di sebelah kirinya permaisuri. Raja dan permaisuri diapit paderi, kuda, dan istana…”

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa dirasuk semangat kegemilangan? 2m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga nama baik dan imej keluarga? 3m

iii. Huraikan perwatakan Uj berdasarkan cerpen ini. 4m



SKEMA:
i. …diresapi dorongan kejayaan yang pernah dikecap
ii. …keluarga melambangkan diri kita sendiri. Jika nama baik dan imej keluarga tercalar, nama baik kita juga akan tercalar….Kita berasal daripada keluarga tersebut. Penjagaan nama baik dan imej keluarga menyebabkan kita terdorong untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan.
iii. …merupakan anak sulung dalam keluarga. Dia menjadi ketua keluarga setelah bapanya meninggal dunia…mempunyai ibu yang sedang sakit. Adik-beradiknya sebanyak lima orang yang semuanya lelaki, iaitu Us, Uk, Ur, Ul dan Um…Merupakan seorang yang amat mementingkan status dan imej keluarga….Mengingati semua sejarah tentang keluarganya.

0 comments: