SOALAN 6
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insane yang dominant. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di lading kelapa sawit,” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal-usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“Kalau tidak kerana sejarah kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan Negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
(Dipetik daripada “Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata insan yang dominan. (2 markah)
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempelajari sejarah? Berikan tiga alasan anda. (3 markah)
(iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Skema Jawapan :
Praktis Intensif
(i) Maksud rangkai kata insane yang dominan ialah manusia yang berjaya dalam segala lapangan.
(ii) Pada pandangan saya, kita perlu mempelajari sejarah supaya kita tidak lupa asal usul kita. Selain itu, sejarah mengajar kita menjadi insane yang tahu bersyukur atas apa-apa yang kita miliki dan sejarah mengajar kita tentang kesilapan lalu yang dapat kita jadikan sebagai pengajaran.
(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen ialah nilai menghargai jasa. Buktinya, Adam amat menghargai jasa ibunya yang bekerja di kebun untuk membiayai pelajarannya. Satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut ialah nilai ketabahan. Nilai ini wujud dalam diri Wah yang tabah mengharungi kehidupan apabila suaminya meninggal dunia ketika dia mengandung sembilan bulan tiga hari.
Wednesday, November 3, 2010
Cerpen Israk: Soalan 6
Posted by eranis at 6:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment