BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 25, 2010

Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 2

SOALAN 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka Indera Nata pun segera naik ke atas mahligai itu, serta sampai maka ia melihat tuan puteri tujuh orang. Maka Indera Nata pun hairan melihat kekayaan Tuhan seru alam sekalian.

Sebermula maka sekalian puteri itu pun terlalu suka hatinya melihat seorang laki-laki datang itu dan terlalu elok parasnya.

Maka kata tuan puteri ketujuhnya itu, “Hai orang muda, siapakah nama tuan hamba ini dan betapa pekerjaan tuan hamba datang ke mari ini kerana pada tempat ini tiada pernah manusia datang ke mari atau jin atau syaitan tiada berani ke mari kerana takut ia dimakan oleh raksasa!”

Maka kata Indera Nata, “Hai tuan puteri sekalian, adapun nama hamba ini Indera Nata anak Raja Rom, kerana hamba datang ke mari ini disuruh oleh Raja Rom mencari gajah bergadingkan emas lagipun kakanda bertanya kepada adinda siapakah nama tuan puteri ini sekalian dan anak siapa tuan dan apakah pekerjaan tuan diam di sini?”

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”

Maka kata Indera Nata,”Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”

Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kekanda.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 61-62)




i. Tuliskan perjanjian-perjanjian yang telah dipersetujui oleh Indera Nata dengan ketujuh-tujuh orang puteri. 2m

ii. Mengapakah ketujuh-tujuh puteri yang ditawan oleh raksasa itu sangat gembira melihat Indera Nata? 3m

iii. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. 3m


SKEMA
i. …Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke negeri Rom…ketujuh-tujuh puteri akan memperhambakan diri kepada Indera Nata.

ii. …kerana mereka belum pernah melihat manusia semenjak ditawan di kemuncak gunung…Indera Nata ialah seorang lelaki…Indera Nata sungguh kacak dan tampan

iii. masyarakat istana.Cth: Indera Nata dan tujuh orang puteri itu adalah anak raja…masyarakat yang taat perintah raja. Cth: Indera Nata mengembara kerana mencari gajah bergading emas untuk raja Rom…masyarakat raksasa yang jahat.Cth: Raksasa menawan tujuh orang puteri di puncak gunung kerana mahu memakan mereka.

0 comments: