SOALAN 6
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.
Dia bercita-cita mahu belajar di sekolah Melayu kerana sekolah itu terletak tidak jauh dari rumahnya. Kalau mahu pulang, dia hanya melaung ibunya dari tingkap sekolah.
Tetapi ibu dan bapanya belum berani melanggar tradisi yang tidak bertulis bahawa orang Cina mesti belajar di sekolah Cina. Ibu dan bapanya tidak berani melihat tudingan telunjuk jiran tetangga walaupun bapanya dahulu tidak ke sekolah Cina tetapi ke sekolah Inggeris…
(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.64 -165)
i. Bagaimanakah sistem devide et empera diamalkan oleh Inggeris di negara ini? 2m
ii. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan tiga masalah. 3m
iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m
SKEMA:
i. …orang melayu yang menjadi peribumi dari negara ini dibiarkan bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung-kampung, manakala orang Cina dipusatkan di bandar-bandar dan orang India dijadikan buruh di kebun-kebun getah
ii. …menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat…membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan negara…imej negara juga akan terjejas
iii. dalam petikan; Kita hendaklah mempertahankan negara ini daripada dijajah semla. Hal ini demikian kerana penjajah telah mewujudkan polarisasi kaum di negara ini.
Dalam cerpen; Perpaduan kaum hendaklah dipupuk sejak anak-anak lagi. Persahabatan Hisyam dan Mellisa begitu akrab meskipun mereka berbeza keturunan.
Friday, November 12, 2010
Cerpen: Mellisa -soalan 6
Posted by eranis at 9:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment