BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Cerpen Biarkan Samudera-Soalan 1

SOALAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

“Ayah gembira melihat kau pulang, Mir.”

Suara garau ayahkah yang menyentak lamunannya? Masih seperti dalam mimpi, Mir bangun. Berdiri di tepi jendela dan merenung jauh. Melihat samudera yang sedang bergelora ganas. Bergumpalan dan berteriakan. Pedih dan perit.

“Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gentian ini. Cuma, apabila kau sudah lulus nanti , ayah mahu kau carilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan bahagia.”

Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri. Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.
“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”

“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”

Mir mengangguk dan menyunggingkan senyum.

(Dipetik daripada cerpen “Biarkan Samudera” oleh Raihanah Salleh dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009,hal 180-181)

i. Apakah yang sedang difikirkan oleh Mir? 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk membalas jasa ayah? 3m

iii. Huraikan nilai yang terdapat dalam cerpen ini. 3m




SKEMA

i. …ayahnya yang kehilangan rumah dan hanya tinggal di rumah gentian…ayahnya juga tidak mahu lagi turun ke laut…Ayahnya yang mahu melihat dia berjaya dalam pengajian,mendapatkan kerja yang bagus…seterusnya membina rumah sendiri

ii. …dengan pencapaian cemerlang dalam pelajaran…menyediakan semua kemudahan dan keperluannya sehingga akhir hayat…mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayahnya.

iii. …kasih sayang. Cth: Mir mengamalkan nilai kasih sayang dengan mempamerkan kasih sayang terhadap ayahnya…Prihatin..Cth: Hakimah sangat prihatin tentang masalah yang sedang dihadapi oleh Mir.

0 comments: