BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

cerpen pemain catur -soalan 8

SOALAN 8

Lengkapkan sinopsis cerpen “Pemain catur” di bawah ini dengan kata-kata atau rangkaian kata yang sesuai.

Uj merupakan ketua keluarga yang ternama dalam permainan catur. uj sering mengingatkan adiknya, Um bahawa keluarga mereka ___________1_______ pemain catur yang terhandal di dunia. Uj turut menceritakan _________2_______ catur di peringkat dunia. Uj mahu Um mengembalikan ________3_________ sejarah silam keluarga mereka.

Pada suatu hari, Uk membisikkan khabar bahawa Um tekun menelaah _______4_________ dan tebal tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj. Uj terasa _______5_________ lalu memaksa Um ________6__________ catur dengannya. Dalam perlawanan itu, Um hampir _________7__________ Uj. Ketika Um meneguk air untuk menghilangkan dahaga, Um mendapati buah caturnya yang berada di sebelah kanan telah berada di sebelah kiri pula. Um segera _____8_________ kedudukan buah caturnya itu. Uj tidak berpuas hati dengan _______9________ Um lalu menjerit dan mengatakan Um bermain _______10_________. Pertengkaran mula tercetus antara mereka berdua.

Um cuba mencari ketenangan dengan membasuh muka di bilik air. Ketika dia ke meja catur semula, kerusi Uj masih __________11___________. Tiba-tiba, kaki Um _________12__________ botol yang berisi asid lalu asid itu tertumpah dan terkena pada kaki Um. Um _________13__________ dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar dan saling menuduh antara satu dengan yang lain. Pertelagahan antara Uj dengan Um itu menyebabkan ibu mereka yang sedang ________14__________ kini tertekan. Ahli keluarga mereka pula ________15_________

SKEMA:
1. keturunan 2. perkembangan 3. kegemilangan
4. buku besar 5. tercabar 6. berlawan
7. mengalahkan 8. mengalihkan 9. tindakan
10. tipu 11. kosong 12. terkuis
13. menggelupur 14. sakit 15. berpecah belah

0 comments: