BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

Prosa:Pelayaran yang penuh peristiwa-soalan 5

Soalan 5

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, “Jikalau selamat geliung inisamapai ke Tanah Jawa, akan ku kahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.”
“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,” sembah jurumudi.

“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”

Pada suatu hari ketika anak-anak geliung itu memikul kayu api dan mencari air di pulau, terlihatlah oleh jurumudi itu akan Awang Sulung. “Eh, mengapa budak hitam itu duduk dan makan saja, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Tidakkah ia disuruh bekerja seperti anak-anak geliung yang lain?”

Oleh sebab terlalu marah melihatkan telatah jurumudi itu, jawab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? “Apa kau peduli, geliung ini bukan kepunyaanmu, bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya.”

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengembalikan buyung suasa dan meminta Awang Sulung mengambil air, tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009).


i) Apakah maksud rangkai kata menjadi galang ganti? [2 m]

ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyuruh budak hitam itu bekerja seperti anak-anak geliung yang lain? [3 m]

iii) Berdasarkan petikan di atas, tuliskan tiga watak dan perwatakan jurumudi.
[3 m]

JAWAPAN :
i) Maksud rangkai kata tersebut ialah mempertaruhkan diri.

ii) Tuan puteri tidak menyuruh budak hitam itu bekerja kerana tuan puteri :
- Mengetahui budak hitam itu adalah anak raja yang berdaulat / Awang Sulung Merah Muda.
- Menyayangi budak hitam itu.
- Mahu menyuruhnya memenuhkan air dalam buyung suasa.

iii) Perwatakan jurumudi ialah :
- Mabuk laut
- Pembohong – mengaku menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah.
- Iri hati – dengki melihat Awang Sulung Merah Muda tidak bekerja seperti anak-anak geliung yang lain.

0 comments: