SOALAN 11
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar.
Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja?
Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.
“Tetapi sekarang senjata memakan tuan.” Uj senyum sinis.
Tuduh-menuduh semakin menjadi-jadi, biarpun ibu hampir mati meminta kedua pihak supaya bertenang dan berdamai, tetapi dalam percaturan masih ada perkiraan lain. Perkiraan yang hanya Uj dan Um sahaja yang tahu.
(Dipetik daripada cerpen “Pemain Catur”, oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah punca yang menyebabkan ibu diserang angin ahmar? 3m
ii. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan keluarga? 3m
iii. Huraikan satu pengajaran dalam petikan dan dua pengajaran yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m
SKEMA:
i. …tertekan dengan kelakuan anak-anaknya yang bergaduh sesama sendiri…berasa sedih kerana selama ini tidak pernah mendidik anak-anaknya bergaduh sesama sendiri untuk memperoleh sesuatu yang diingini
ii. …bersemuka dan berbincang untuk menyelesaikan masalah…mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memaafkan…meminta nasihat daripada ahli keluarga yang lebih dewasa
iii. dalam petikan:
Kita janganlah bergaduh sesama adik-beradik…
dalam cerpen:
Kita janganlah mudah mempercayai kata-kata orang lain tanpa menyelidik kebenarannya
Kita janganlah mengamalkan sifat dendam terhadap anggota keluarga sendiri
Thursday, November 4, 2010
Cerpen Pemain Catur - soalan 11
Posted by eranis at 12:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment