SOALAN 11
Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi itu, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata,”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.”
“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,”sembah jurumudi.
“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”
Pada suatu hari ketika anak-anak geliung itu memikul kayu api dan mencari air di pulau, terlihatlah oleh jurumudi itu akan Awang Sulung. “Eh, mengapa budak hitam itu duduk dan makan saja, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Tidakkah ia disuruh bekerja seperti anak-anak geliung yang lain?”
“Apa kau peduli, geliung ini bukan kepunyaanmu, bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya.”
(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hal. 33)
i. Apakah maksud frasa terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan? 2m
ii. Apakah yang telah diumumkan oleh Nakhoda Tua? 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang comot? 3m
SKEMA
i. …termangu-mangu sambil memerhati keris.
ii. …sesiapa yang mampu menyelamatkan seluruh isi kapal akan dikahwinkan dengan anaknya…pelayaran mereka akan menempuh dugaan hebat kerana mereka akan melalui laluan yang dipenuhi lanun
iii. …merasai pengalaman sebagai orang biasa…menguji pembesar-pembesar di sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau tidak…mengetahui tahap layanan yang diterima oleh golongan bawahan
Wednesday, November 24, 2010
Prosa: Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 11
Posted by eranis at 5:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment