BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 12, 2010

Cerpen:Mellisa-Soalan 9

SOALAN 9

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.164 & 165)

i. Apakah faktor utama berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969? 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen. 3m







SKEMA:
i. …dasar penjajah yang meletakkan orang Melayu di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan…penjajah meletakkan orang Cina di banda-bandar…orang India penjajah biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah.

ii. …sekiranya semua kanak-kanak dihantar ke Sekolah Kebangsaan…para pemimpin jangan sesekali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum…setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

iii. dalam petikan: masyarakat majmuk yang terpisah oleh faktor geografi. Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang
dalam cerpen: masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam… Masyarakat yang mementingkan keharmonian hidup. Cth: mellissa (kaum Cina) berkawan rapat

0 comments: